Bagaimana cara berhenti merokok ???

Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih, ada 3 cara:
  1. Berhenti terus
  2. Berhenti beransur-ansur
  3. Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.

Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah:
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

FAKTOR PENCETUS PENGAMBILAN DADAH

Pengaruh rakan sebaya
Ketidakupayaan menentang tekanan rakan sebaya dan keinginan untuk diterima oleh rakan-rakan akan mendorong seseorang yang kurang keyakinan diri mengambil dadah.

Untuk keseronokan
Walaupun kita tahu akan bahaya pengambilan dadah, ada antara kita yang mencubanya hanya untuk suka-suka sekadar ingin merasai perasaan khayal yang ”dinikmati” penagih dadah.

Untuk menahan sakit
Terdapat individu yang mengambil dadah untuk menahan kesakitan. Pada mulanya pengambilan dadah mungkin sedikit dan di bawah kawalan doctor, tetapiu lama-kelamaan jumlahnya semakin banyak dan tidak terkawal. Akhirnya akan membawa kepada ketagihan.

Tidak sengaja
Keadaan ini mungkin terjadi kerana terpengaruh dengan ajakan orang yang tidak dikenali, terpedaya rakan atau orang tersayang. Mungkin juga terpaksa atau diugut oleh seseorang untuk mengambil dadah.

Tekanan jiwa
Ada individu yang ingin melegakan perasaan, kerungsingan atau kemurungan dengan mengambil dadah. Pengalaman pertama kali menggunakan dadah melapangkan perasaan mereka. Apabila kesan dadah ini telah habis dan kerungsingan datang semula, mereka akan mengambil dadah lagi sehingga menjadi ketagihan.

Tiada atau kurang pengetahuan
Kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang bahaya penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang itu terjebak dalam ketagihan dadah.

Personaliti diri
Antara cirri-ciri personality yang boleh membawa kepada penagihan dadah ialah suka memberontak, ingin mencari kepuasan optimum, harga diri yang rendah dan tidak dapat menerima keadaan.

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.
  • Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
  • Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
  • Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Hilang selera makan atau selera bertambah.
  • Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
  • Apabila bercakap tidak bertentang mata.
  • Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
  • Parut atau bekas suntikan di lengan.
  • Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
  • Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
  • Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
  • Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
  • Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
  • Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
  • Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
  • Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
  • Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
  • Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
  • Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
  • Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
  • Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
  • Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
  • Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Bahan-bahan Lain

1. Bahan-bahan lain yang digunakan dalam memproses dadah jenis ATS dan bahan-bahan lain Psikotropik.
  • Acetonitrile
  • Allybenzene
  • Ammonia (including aquenos solutions)
  • Ammonium formate
  • Benzaldehyde
  • Benzyl chloride
  • Benzy cyanide
  • Ethylamine (monoethylamine)
  • Formamide
  • Formic acid
  • Hydriodic asid
  • Lithium aluminium hydride
  • Methylamine (monomethylamine)
  • Methylergimetrine
  • N-methylformamide
  • Nitroethane
  • O-Toludine

2. Bahan-bahan kimia untuk memproses Kokain dan Heroin.

  • Acetic acid (glacial)
  • Calcium Oxide
  • Potassium carbonete
  • Sodium carbonate
  • Sodium hydroxide
  • Sodium hypochlorite

Prekursor

Prekursor ialah mana-mana bahan yang dinyatakan dalam Jadual I dan II, United Nation Convention Against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substance 1988.
Bahan-bahan ini juga disebut precursor atau bahan-bahan kimia perlu (essential chemicals) bergantung kepada sifat bahan kimia termasuk precursor tulin, pelarut, bahan-bahan 'Oxidising' dan lain-lain bahan yang digunakan dalam pengilangan haram narkotik dan bahan psikotropik.
Senarai precursor dan bahan kimia yang disenaraikan di bawah Jadual I dan II United Nation Convention Against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substance 1988 seperti berikut :
JADUAL I
Ephedrine
Norepheride
Ergometrine
1-ohenyl-2propanone
Pseudoepherine
N-acetylanthranilic Acid
3-4 Methylenedioxyphenyl 2-Propanone
Safrole
Isosafrole
Piperonal
JADUAL II
Acetic Anhydride
Acetone
Anthranilic Acid
Ethyl Ether
Phenylacetic Acid
Piperidine
Methyl Ethyl Ketone
Toluene
Potassium Permanganate
Sulphuric Acid
Hydrochloric Acid

Inhalant


Tidak ditakrifkan sebagai dadah.
Walau bagaimana pun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.