FAKTOR PENCETUS PENGAMBILAN DADAH

Pengaruh rakan sebaya
Ketidakupayaan menentang tekanan rakan sebaya dan keinginan untuk diterima oleh rakan-rakan akan mendorong seseorang yang kurang keyakinan diri mengambil dadah.

Untuk keseronokan
Walaupun kita tahu akan bahaya pengambilan dadah, ada antara kita yang mencubanya hanya untuk suka-suka sekadar ingin merasai perasaan khayal yang ”dinikmati” penagih dadah.

Untuk menahan sakit
Terdapat individu yang mengambil dadah untuk menahan kesakitan. Pada mulanya pengambilan dadah mungkin sedikit dan di bawah kawalan doctor, tetapiu lama-kelamaan jumlahnya semakin banyak dan tidak terkawal. Akhirnya akan membawa kepada ketagihan.

Tidak sengaja
Keadaan ini mungkin terjadi kerana terpengaruh dengan ajakan orang yang tidak dikenali, terpedaya rakan atau orang tersayang. Mungkin juga terpaksa atau diugut oleh seseorang untuk mengambil dadah.

Tekanan jiwa
Ada individu yang ingin melegakan perasaan, kerungsingan atau kemurungan dengan mengambil dadah. Pengalaman pertama kali menggunakan dadah melapangkan perasaan mereka. Apabila kesan dadah ini telah habis dan kerungsingan datang semula, mereka akan mengambil dadah lagi sehingga menjadi ketagihan.

Tiada atau kurang pengetahuan
Kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang bahaya penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang itu terjebak dalam ketagihan dadah.

Personaliti diri
Antara cirri-ciri personality yang boleh membawa kepada penagihan dadah ialah suka memberontak, ingin mencari kepuasan optimum, harga diri yang rendah dan tidak dapat menerima keadaan.