PENDEKATAN PSIKO-SOSIAL

Strategi yang digunakan ialah untuk meningkatkan kemahiran sosial. Kemahiran sosial adalah perlu bagi membina kemahiran menghadapi tekanan tekanan diri (Intrapersonal) dan tekanan tekanan antara individu (Interpersonal).

Terdapat 3 jenis latihan kemahiran digunakan:

Latihan kemahiran untuk individu.
Strategi ini menekankan pelbagai teknik kognitif. Ini bertujuan untuk meningkatkan konsep sendiri, bagaimana menangani tekanan, kemahiran membuat keputusan, meningkatkan ketahanan diri dan kemahiran komunikasi.

Latihan kemahiran untuk keluarga.
Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah disebabkan perhubungan anak dan ibubapa yang kurang memuaskan, kurang kemahiran dalam penjagaan (parenting skills) atau perpecahan dalam keluarga.

Latihan untuk remaja.
Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah kerana kurang kemahiran menahan desakan atau tekanan dari luar misalnya daripada rakan sebaya yang menggunakan dadah. Justeru itu, strategi ini menekankan peranan kumpulan sebaya untuk mengujudkan perkembangan sosial yang sihat.