Strategi yang digunakan ialah 'memberi maklumat' dan 'taktik menakutkan'.
Aktiviti yang dijalankan ialah:-
- Menyampaikan ceramah; dimana isi ceramah adalah berkaitan dengan dasar dan strategi Biro Kawalan Narkotik, Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, kesan kesan buruk penyalahgunaan dadah dan perkara perkara yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah.
- Menyampaikan mesej anti dadah melalui media masa.
- Menyampaikan mesej anti dadah melalui poster dan pamphlet.
- Mengambil contoh air kencing secara mengejut. Mereka yang diambil contoh air kencing adalah termasuk penuntut-penuntut sekolah, pegawai dan kakitangan yang bekerja di sektor awam atau swasta dan badan badan bukan kerajaan (NGO). Pengambilan contoh air kencing adalah dihadkan, iaitu pengambilan maksimum bagi satu masa ialah 20 orang. Ini adalah untuk mengurangkan kos bagi penganalisaan contoh air kencing.